Langkau ke kandungan utama

SELAMAT DATANG DATUK BANDAR & SETIAUSAHA MBPG YANG BAHARU

16 Oktober 2025, MBPG mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil sebagai Datuk Bandar Pasir Gudang yang baharu, serta Encik Ezlan Farid bin Mohd Said selaku Setiausaha MBPG.

Dalam sesi pengenalan yang diadakan hari ini, Datuk Bandar telah beramah mesra bersama barisan Pengarah Jabatan MBPG sambil meninjau secara ringkas carta organisasi serta peranan utama setiap jabatan dalam memastikan keberkesanan tadbir urus bandar raya.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT PASIR GUDANG

20 September 2025, Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat Pasir Gudang diteruskan di Dewan Serbaguna, TMIYC Pasir Gudang bermula jam 8.30 pagi.

Penganjuran ini bukan sahaja menghayati sirah Rasulullah SAW, bahkan selari dengan aspirasi Teras Pasir Gudang Perkasa 2030 iaitu Masyarakat Pintar dan Pemerkasaan Agensi & Komuniti, yang menekankan pembinaan masyarakat berilmu, berakhlak serta berdaya tahan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan sambutan kali ini.

MAJLIS PERASMIAN BALAI KOMUNITI JALAN DUKU TAMAN KOTA MASAI

20 September 2025, Program anjuran JKPZ Zon Kota Masai 1 ini diraikan bersama komuniti yang sentiasa komited bersama MBPG dengan kehadiran Datuk Bandar Pasir Gudang yang menyempurnakan perasmian.

Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, peragaan busana Merdeka dan jualan hasil tanaman komuniti.

Turut hadir Ahli Majlis MBPG Zon Kota Masai 1, Puan Teh Siew Boey.

Terima kasih kepada seluruh warga Pasir Gudang atas sokongan dan tanggungjawab membayar cukai demi kelestarian pembangunan bandar raya.

BULI BUKAN BUDAYA JOHOR KEMPEN JOHOR PERANGI BULI @ SMK KOTA MASAI 2 DAN SMK TAMAN RINTING 2

25 Ogos 2025, Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor serta arahan YAB Menteri Besar Johor, YB Datuk Bandar Pasir Gudang, Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin telah hadir menyertai Kempen Johor Perangi Buli di SMK Kota Masai 2.

Kempen serentak seluruh Johor ini menegaskan pendirian tegas bahawa budaya buli tidak boleh dibiarkan berleluasa di negeri ini. Setiap sekolah mesti menjadi zon selamat untuk anak-anak membesar dengan keyakinan dan kasih sayang.

BUAL BICARA – MEMPERKASA LIKU KEHIDUPAN

25 Ogos 2025, Program Bual Bicara bertajuk “Memperkasakan Liku Kehidupan” telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna TMIYC Pasir Gudang pada hari ini.

Sesi ini menampilkan barisan panel hebat iaitu Ajak Shiro, Datuk Rosyam Noor dan Dato’ AC Mizal, selain turut disertai oleh YB Datuk Bandar Pasir Gudang, Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin yang berkongsi pengalaman serta pandangan beliau di atas pentas bersama para panel.