Langkau ke kandungan utama

MAJLIS PELANCARAN E-CUKAI MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG

4 Februari 2025, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) hari ini telah melancarkan sistem E-Cukai 2025 yang diadakan di Ballroom Cempaka Jingga, Menara Aqabah.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar MBPG, bersama Puan Nurul Ashikin binti Hj. A. Jabar, Setiausaha MBPG, serta dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip MBPG, ahli-ahli majlis, dan ketua-ketua jabatan MBPG.

SESI UNDIAN TAPAK BAZAR RAMADAN 2025

4 Februari 2025, sedang berlangsung Sesi Undian Tapak Bazar Ramadan Tahun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar. Proses undian ini diadakan bagi menentukan lokasi tapak perniagaan bagi para peniaga untuk menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan nanti.

Sesi undian ini adalah sebahagian daripada usaha MBPG untuk memastikan proses penetapan tapak bazar dilakukan secara telus dan adil bagi semua peniaga. Kehadiran para peniaga amat dialu-alukan bagi memastikan kelancaran proses undian dan pemilihan tapak perniagaan mereka.

LAWATAN JOHOR PORT BERHAD KE TAPAK SEMAIAN DAN PUSAT LESTARI MBPG: PEMBELAJARAN KURSUS PEMBUATAN BAJA KOMPOS LANDSKAP DAN SISA MAKANAN

5 Februari 2025, Hari ini Johor Port Berhad telah mengadakan lawatan ke Tapak Semaian dan Pusat Lestari Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bagi mempelajari teknik pembuatan baja kompos landskap dan baja kompos sisa makanan yang boleh dimanfaatkan oleh kakitangan Johor Port Berhad dan syarikat-syarikat yang beroperasi di dalam kawasan Zon Bebas Pelabuhan Johor.

PROGRAM KHATAN PERDANA 2025 DI KARNIVAL MAHABBAH @RMA PASIR GUDANG

25 Januari 2025, program Khatan Perdana 2025 sedang berlangsung dengan meriah sempena Karnival Mahabbah @RMA Pasir Gudang. Seramai 110 orang peserta telah menyertai program ini, yang bertujuan meraikan tradisi berkhatan dalam suasana yang penuh keceriaan dan kebersamaan.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Waqaf An-Nur Corporation Berhad mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan masyarakat setempat.

JOM JUMPA RAKYAT KARNIVAL MAHABBAH @ RMA PASIR GUDANG : TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

26 Januari 2025, Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa untuk mengunjungi booth pameran “Jom Jumpa Rakyat” sempena Karnival Mahabbah @RMA Pasir Gudang. Kehadiran dan sokongan anda amat kami hargai. Kami berharap maklumat serta perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dapat memberi manfaat dan membantu anda dalam urusan berkaitan.

Teruskan menyokong usaha kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Jumpa lagi pada masa akan datang.