Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan beriltizam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memastikan keberkesanan sistem pengurusan bagi mencapai objektif kualiti berdasarkan perkara-perkara berikut :-
Menguruskan alam sekitar dengan berkesan dan dinamik.
Memastikan masyarakat mendapat manfaat melalui aktiviti dan projek pembangunan yang dijalankan.
Menekankan pembangunan yang holistic berdasarkan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota pekerja melalui latihan yang berterusan.
Mempertingkatkan kerjasama dengan masyarakat bagi memperkasa komuniti.