Langkau ke kandungan utama

FUNSI UTAMA UNIT UNDANG-UNDANG ; 

  1. Memberi khidmat nasihat perundangan dalam melaksanakan operasi harian MBPG sama ada memberi nasihat secara terus di lapangan mahupun secara dokumentasi.
  2. Merancang strategik perundangan dengan Datuk Bandar, Pengurusan atasan dan Ahli Majlis dengan memfokuskan kepada jaminan hak dan kepentingan serta meminimumkan kesan dan impak kepada jabatan.
  3. mengadakan atau memberi latihan berkaitan perundangan kepada pegawai-pegawai MBPG dalam menjalankan tugas harian.
  4. Memberikan pendidikan dan kesedaran perundangan kepada masyarakat setempat secara lansung atau tidak lansung melalui pematuhan undang-undang.
  5. Menjadi pakar rujuk dalam pelaksanaan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang di bawah akta dan undang-undang kecil.
  6. Memberi khidmat menyediakan draf perjanjian atau surat acara.
  7. Memberi khidmat menyediakan draf perjanjian atau surat cara.
  8. Menjadi pakar rujukan dalam menyemak perjanjian, dokumen kontrak syarat-syarat sebut harga dan tender.
  9. Menguruskan lain-lain keperluan berkaitan penyediaan/semakkan perjanjian atau surat cara yang diarahkan dari masa ke semasa
  10. Menggubal dan mewartakan undang-undang kecil/kaedah/peraturan/lain-lain sumber perundangan untuk diguna pakai di MBPG.
  11. Membuat pindaan dan semakkan undang-undang kecil agar sentiasa dikemaskini dan memenuhi keperluan semasa.
  12. Membantu dalam memproses tuntutan liabiliti orang awam kepada pihak insurans.
  13. Mengendalikan dan memantau tuntutan sivil yang dikemukakan oleh pihak ketiga terhadap MBPG demi mengaja kepentingan dan hak MBPG terpelihara.
  14. Merangka, Menyemak dan mengkorodinasi tuntutan sivil oelh MBPG terhadap pihak ketiga terutamanya berkenaan isu tunggakkan mahupun bantahan cukai.
  15. Memantau pelaksanaan kerja peguambela/peguamcara yang mewakili MBPG dalam mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan,
  16. Menjadi pemudahcara, mengatur dan menyemak dokumen-dokumen bagi memfailkan di mahkamah termasuklah dengan ketersediaan saksi-saksi MBPG ke mahkamah
  17. Menghdiri sesi sebutan dan perbicaraan bagi membantu pegawai-pegawai MBPG bagi kes perbincangan.
  18. Meneliti dan menyemak kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan bagi memenuhi keperluan-keperluan di bawah kanun tatacara jenayah.
  19. Menyediakan minit-minit untuk kelulusan Pejabat Timbalan Pendakwaraya Negeri bagi mendapatkan izin mendakwa.
  20. Menyediakan dokumen-dokumen pendakwaan terutamanya saman dan fakta kes bagi meneruskan dengan pendakwaan di mahkamah.
  21. Menjadi Pegawai Pendakwa bagi kes kesalahan penguatkuasaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) dan undang-undang kecil MBPG, bangunan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133 ) dan perancangan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) dan juga permohonan perintah pelupusan kereta buruk di bawah Akta jalan, Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133 )
  22. menjalankan jualan lelongan sisa kenderaan buruk dan barangan kesalahan undang-undang MBPG.