Langkau ke kandungan utama
Program Kemasyarakatan
 Program ini lebih menjurus kepada program bebas yang dikendalikan dengan kerjasama pelbagai agensi dan NGO yang berkaitan seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Waqaf, Dana Bakti Pasir Gudang, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Kurang Bernasib Baik (Darul Hanan), Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) dan sebagainya. Program yang diadakan adalah melibatkan program gotong-royong, kempen kesedaran, aktiviti sukan, bantuan makanan/pakaian dan sebagainya.         
Sesi BerceritaSesi bertemu dengan para pelajarGambar kenangan
Gambar kenangan bersama peserta programPengagihan barang-barang keperluanProses suai kenal

Majlis Perbandaran Pasir Gudang merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak/agensi-agensi/NGO yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program-program yang diadakan selama ini dan berharap agar kerjasama seumpama ini akan dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang demi memastikan masyarakat orang Asli serta golongan yang memerlukan terus terbela dan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-


Jabatan Pembangunan Masyarakat
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Aras 2, Menara Aqabah, Jalan Bandar
81700 Pasir Gudang, Johor
Tel : 07-2547777/07-2513720
Fax : 07-2515260
Emel : mppg@johor.gov.my

 

Program Ziarah

Program Ziarah yang bertujuan untuk mendekati dengan lebih dekat lagi tentang masyarakat orang asli dengan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah yang dianggota oleh pekerja Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Melalui program ini, cara hidup orang asli dapat diketahui dengan lebih mendalam disamping dapat memberikan pendedahan terutamanya dari sudut penjagaan diri dan persekitaran.     
Program ziarah    
Kelas Tambahan

`

Kelas tan=mbahan yang diadakan lengkap dengan tenaga pengajar

Diadakan pada setiap hari Ahad bertempat di Balairaya kampung tersebut. Kelas dikendalikan oleh Cikgu Halim (Guru Sek Keb Pasir Gudang 1) dengan melibatkan pendidikan asas membaca, menulis dan mengira (3M). Sehingga kini sambutan yang diberikan oleh anak-anak orang Asli di kampung tersebut adalah amat menggalakkan di mana lebih kurang 30 orang kanak-kanak terlibat dalam program tersebut.

Salah seorang anak orang Asli Kg Pasir Salam juga iaitu Adik Kek bin Laile kini ditempatkan di Rumah Anak Yatim  dan Kurang Bernasib Baik (Darul Hanan) dan bersekolah di Sek Men Keb Pasir Gudang 1. Usaha ini dilakukan bagi membolehkan beliau mendapat pendidikan akademik yang lebih sempurna.

Kelas tambahan