MAKLUMAN:
Buku ini diterbitkan bertujuan untuk menyediakan garis panduan bagi permohonan lesen premis perniagaan, lesen iklan, lesen anjing dan lesen penjaja/pasar malam/pasar minggu/pasar pagi di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Buku Garis Panduan Pelesenan MBPG ini mengandungi garis panduan umum permohonan lesen iaitu dokumen-dokumen yang diperlukan, syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon atau pelesen serta agensi kerajaan yang perlu dirujuk bagi mendapatkan surat sokongan pelesenan. Buku ini turut menyatakan Undang-undang Kecil yang digunapakai oleh MBPG sebagai rujukan pemohon.
Penerbitan buku ini diharap akan memudahkan pemohon dan peniaga memahami prosedur permohonan lesen dan syarat-syarat pematuhan lesen dalam usaha mendapatkan lesen premis perniagaan dengan lebih cepat.
Diterbitkan Oleh:
Jabatan Pelesenan
Majlis Bandaraya Pasir Gudang