Langkau ke kandungan utama

JOM BAYAR CUKAI HARTA MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG 2026

1 Januari 2026, Datuk Bandar Pasir Gudang, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, telah merasmikan Kempen Pasir Gudang Tanpa Tunai 2026 sebagai usaha menggalakkan pembayaran Cukai Harta dan Sewaan secara atas talian dan tanpa tunai.

Sejurus selepas majlis perasmian, Datuk Bandar juga turut menyampaikan cenderahati istimewa kepada pembayar Cukai Harta sebagai tanda penghargaan atas komitmen menjelaskan bayaran pada awal tahun.

KUNJUNGAN DATUK BANDAR KE HOSPITAL PASIR GUDANG

18 Disember 2025, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, telah mengadakan kunjungan ke Hospital Pasir Gudang pada hari ini.

Kunjungan ini bertujuan menziarahi warga kerja MBPG yang sedang menerima rawatan, di samping menyantuni pihak pengurusan serta kakitangan Hospital Pasir Gudang yang bertugas.

Lawatan ini turut menjadi wadah mempereratkan hubungan silaturahim serta menzahirkan penghargaan atas komitmen semua pihak yang terlibat.

RONDAAN MALAM PEMANTAUAN LAMPU JALAN DI SEKITAR PASIR GUDANG

18 Disember 2025, Yang Berusaha En. Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG telah melaksanakan rondaan dan pemantauan lampu jalan pada waktu malam di beberapa lokasi sekitar Pasir Gudang.

Rondaan ini dilaksanakan bersama Jabatan Kejuruteraan MBPG bagi menilai keadaan semasa sistem pencahayaan jalan raya serta memastikan lampu jalan berfungsi dengan baik demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.