Langkau ke kandungan utama

MAJLIS PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 1446H/2025M

Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Johor Bahru bagi tahun 1446H/2025M telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keberkatan pada 22 Januari 2025 (Rabu) di Masjid Al-Munawwarah, Taman Kota Masai. Perujian ini menjadi wadah untuk para peserta menonjolkan bakat serta mengukuhkan syiar Islam di kalangan masyarakat setempat.

LAWATAN MEDIA MBPG DAN RADIO DYNAMIC PG KE RADIO ANNUR DAN BEST FM

22 Januari 2025, MBPG bersama Radio Dynamic PG telah mengadakan lawatan ke Radio AnNur dan Best FM bagi tujuan perkongsian ilmu serta memperkukuhkan kerjasama dalam penyebaran informasi kepada masyarakat.

Di Radio AnNur, delegasi MBPG disambut mesra oleh Dato’ Haji Wan Mohd Noor bin Haji Wan Mohamed, Pengurus Besar Media Digital An Nur MAINJ Sdn Bhd. Sesi perbincangan yang berlangsung telah membuka ruang untuk perkongsian strategik dalam memperluas penyampaian maklumat berkenaan inisiatif dan program MBPG kepada komuniti setempat.

LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIT AUDIT DALAM MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

15 Januari 2025, MBPG diketuai oleh Puan Farah Wahidah Binti Nasruddin, Ketua Unit Audit Dalam MBPG telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Unit Audit Dalam, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Lawatan ini bertujuan memperkukuh sistem pengurusan audit dalaman serta meningkatkan kecekapan operasi dalam mematuhi dasar, pekeliling, dan peraturan yang ditetapkan.

LAWATAN PENANDAARASAN MBPG KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH TELUK MENGKUDU, MANJUNG, PERAK

15 Januari 2025, Lawatan penandaarasan MBPG yang diketuai oleh YB. Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang ke Tapak Pelupusan Sampah Teluk Mengkudu (TPSTM), Manjung, Perak bertujuan sebagai mempelajari teknologi baharu iaitu WTE (Waste to Energy) bersama dengan teknologi sokongan yang berkaitan untuk pengurusan sampah secara bersepadu serta kaedah pengurusan sampah yang lebih mampan.