Langkau ke kandungan utama

YB DATUK BANDAR PASIR GUDANG HADIRI MAJLIS TAHLIL PERDANA UPSI

16 Jun 2025, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang bersama warga kerja MBPG telah menghadiri Majlis Tahlil Perdana bagi mangsa insiden bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan, MBPG turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM60,000 kepada pihak universiti bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa serta menyokong kebajikan pelajar yang terlibat dengan kemalangan tersebut.

LAWATAN PENANDAARASAN PBT TAMAN PERINDUSTRIAN HI-TECH KULIM KE MBPG

12 Jun 2025, MBPG menerima kunjungan rasmi delegasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim yang diketuai oleh Yang Berhormat Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah.

Lawatan yang berlangsung di Menara Aqabah ini disambut mesra oleh Datuk Bandar Pasir Gudang, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, dan dimulakan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormat oleh Pasukan Penguatkuasaan MBPG.

MAJLIS PERJUMPAAN DATUK BANDAR PASIR GUDANG BERSAMA PENIAGA KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG

11 Jun 2025, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang telah mengadakan sesi pertemuan bersama para peniaga KPBPG pada hari ini.

Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat UTC Pasir Gudang pada hari ini menjadi wadah penyambung untuk mengerat hubungan antara MBPG dan komuniti peniaga, selain membincangkan pelbagai isu serta cadangan ke arah penambahbaikan suasana perniagaan dan fasiliti sedia ada.

HARI BUAYA SEDUNIA 2025 | PENUTUP PENUH SIMBOLIK DI SARANG BUAYA PASIR GUDANG

3 Jun 2025, Majlis Penutup Sambutan Hari Buaya Sedunia 2025 telah berlangsung dengan meriah pagi ini di Sarang Buaya Pasir Gudang. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang.

Antara pengisian menarik yang berlangsung: 

• Pelepasan anak buaya ke dalam Kolam A 

• Demonstrasi operasi penangkapan buaya secara langsung 

• Penyampaian sijil penghargaan

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN LANDSKAP NEGARA KE PEJABAT SUK NEGERI JOHOR BAGI PENGANJURAN HARI LANDSKAP NEGARA 2025

28 Mei 2025, Hari ini telah berlangsung kunjungan hormat Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Tuan Haji Mansor bin Mohamad, bersama Datuk Bandar Pasir Gudang, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Kunjungan hormat ini telah diterima oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk membentangkan perancangan serta pengisian Program Hari Landskap Negara 2025 yang bakal berlangsung pada 26 hingga 30 Jun 2025 bertempat di Taman Bandar Pasir Gudang, Johor.