PROGRAM SINERGI JOHOR: MAKAN MALAM DAN PROMOSI AKADEMIK UUM BERSAMA AGENSI DAN ALUMNI
29 Mei 2025, MBPG merakamkan penghargaan kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) atas penganjuran program yang penuh makna ini di Menara Aqabah MBPG malam tadi 28 Mei 2025.
Majlis yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azizul bin Bachok, ADUN Tiram dan Profesor Dato’ Dr. Mohd Foad bin Sakdan, Naib Canselor UUM menjadi platform penting memperkukuh jaringan strategik antara universiti, agensi dan alumni di negeri Johor.
DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BERKENAN MERASMIKAN TMIYC PASIR GUDANG
PROGRAM PASIR GUDANG BERSIH DAN LESTARI USAHA BERSAMA KE ARAH PASIR GUDANG SEJAHTERA 2029
25 Mei 2025, Program Pasir Gudang Bersih dan Lestari telah berjaya dilaksanakan di kesemua 24 zon Ahli Majlis dengan pengisian aktiviti seperti:
• Penanaman pokok
• Pembuatan mudball
• Gotong-royong komuniti
Program ini melibatkan penyertaan aktif penduduk setempat, NGO dan warga kerja MBPG dalam usaha memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Lokasi penutup diadakan di Taman Bandar Pasir Gudang yang turut menampilkan:
• Penanaman pokok
• Pelepasan anak ikan
• Acara membaling mudball ke tasik
PASIR GUDANG INTERNATIONAL FUN RUN 2025 MERIAH DENGAN PENYERTAAN RIBUAN ORANG RAMAI
24 Mei 2025, Program Pasir Gudang International Fun Run yang berlangsung pagi tadi di Dataran Mahkota, Pasir Gudang menyaksikan kehadiran ribuan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Acara dimulakan dengan sesi senamrobik sebagai pemanas badan sebelum larian dimulakan, mencetuskan suasana penuh bertenaga dan ceria.
KEJOHANAN PAINTBALL ANTARABANGSA PIALA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2025
11 Mei 2025, Tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi hari terakhir Kejohanan Paintball Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2025 yang telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan di Padang Ragbi, Dataran Mahkota TMIYC, Pasir Gudang.
Keputusan rasmi adalah seperti berikut:
Kategori Terbuka Johan Bersama: Nemesis Legion
Johan Bersama: Beez Duck
Tempat Ketiga: Mambang Di Awan (Selangor)
Tempat Keempat: Pirates (Johor)
Kategori Klasik Johan: DOY Sabertooth Tiger (Johor)
Naib Johan: Outlaw SG (Singapura)