Langkau ke kandungan utama

PROGRAM DIALOG KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN MBPG 2025 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

22 Julai 2025, MBPG dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Program Dialog Keselamatan dan Kesejahteraan Bersama Masyarakat Pasir Gudang sebagai platform libat urus strategik antara pihak berkuasa tempatan, agensi penguat kuasa dan masyarakat setempat pada hari ini bertempat di Ballroom Cempaka Jingga, Menara Aqabah MBPG

PROGRAM MESRA INDUSTRI MBPG BIL.18 (1/2025)

21 Julai 2025, MBPG telah menganjurkan Program Mesra Industri (PMI) pada hari ini bertempat di Ballroom Cempaka Jingga, Menara Aqabah MBPG yang menjadi platform libat urus strategik antara pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan dan para pemain industri bagi memperkukuh kolaborasi ke arah pembangunan bandar raya yang lebih inklusif dan mampan.

Program ini turut diserikan dengan lawatan ke booth pameran seperti Pasir Gudang Talent dan Publisiti RKK Cahaya Baru serta sesi pembentangan jabatan berkaitan pembangunan bandar.

LAWATAN DELEGASI MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA KE MBPG

18 Julai 2025, MBPG menerima kunjungan seramai 25 orang delegasi dari Majlis Bandaraya Subang Jaya ((MBSJ) dalam sesi lawatan kerja pada hari ini bertempat di Dewan Cempaka, Aras 20, Menara Aqabah.

Delegasi yang diketuai oleh Yang Berbahagia Puan Emilia binti Nasir, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Korporat dan Perhubungan Strategik MBSJ telah disambut oleh Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBPG, Yang Berbahagia Encik Mohd Syafiq Hanis bin Hamli.

PODCAST PG PERKASA 2030 : APA, KENAPA, DI MANA DAN BAGAIMANA?

17 Julai 2025, Sesi podcast khas bersama Datuk Bandar Pasir Gudang telah berlangsung meriah dengan kehadiran dua figura tersohor negara, Dato’ Jamal Abdillah dan Dato’ Rosyam Nor.

Podcast yang membincangkan hala tuju masa depan Pasir Gudang melalui PG Perkasa 2030 ini turut diserikan dengan penyampaian bantuan insentif food truck dan peranti kepada pelajar Politeknik Ibrahim Sultan.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi ini.

SESI TOWNHALL BERSAMA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2025

17 Julai 2025, sesi Townhall bersama YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang telah berlangsung dengan jayanya di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Sesi ini menampilkan perkongsian secara langsung oleh pihak pentadbiran tertinggi MBPG berkenaan hala tuju serta perancangan pembangunan bandar raya yang sedang dan akan dilaksanakan demi kesejahteraan warga Pasir Gudang.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan sesi ini.