Langkau ke kandungan utama

HARI MOTIVASI KELUARGA KOMUNITI PASIR GUDANG: KEISTIMEWAAN ITU, ANUGERAH TERINDAH

23 Jun 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan telah mengadakan Hari Motivasi Keluarga Komuniti Pasir Gudang bertemakan Keistimewaan itu, Anugerah Terindah bertempat di Ballroom Cempaka Jingga.

Pengisian program melibatkan 3 sesi forum yang berfokuskan :

- Pengupayaan Fizikal dan Mental, Bimbingan Kekeluargaan dan Pendidikan

- Peningkatan Ekonomi, Kesedaran dan Bimbingan Kesihatan, Pendaftaran Kad Oku

- Perkongsian bersama artis jemputan: Azmi Saat (Caliph Busker)

LAWATAN TAPAK PROJEK PEGAWAI DAERAH JOHOR BAHRU DI PASIR GUDANG

23 Jun 2024, Yang Berbahagia Tuan Haji Muzaldin bin Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru mengadakan lawatan tapak ke projek TMIYC Pasir Gudang, Perkampungan Seramik dan Pusat Haiwan Terbiar D’Habitat Pasir Gudang.

Lawatan bertujuan melihat perkembangan pembangunan projek di kawasan-kawasan tersebut. Turut serta dalam sesi lawatan, Puan Nurul Ashikin binti Haji A.Jabar, Setiausaha, Majlis Bandaraya Pasir Gudang serta para pegawai MBPG yang berkaitan.