22 Oktober 2026, YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, hari ini meluangkan masa menziarahi Encik Mohammed bin A. Rahman, pesara MBPG, di kediaman beliau, Taman Air Biru.
Lawatan tersebut turut diiringi oleh Yang Berusaha Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG dan Puan Hajah Noorhayati binti Sarmoen, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBPG, sebagai tanda keprihatinan serta penghargaan atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang 41 tahun berkhidmat bersama MBPG.
Semoga Encik Mohammed sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan. Sesungguhnya, segala jasa dan bakti yang dicurahkan akan terus dikenang oleh seluruh keluarga besar MBPG.
