FUNSI UTAMA UNIT UNDANG-UNDANG ;
- Memberi khidmat nasihat perundangan dalam melaksanakan operasi harian MBPG sama ada memberi nasihat secara terus di lapangan mahupun secara dokumentasi.
- Merancang strategik perundangan dengan Datuk Bandar, Pengurusan atasan dan Ahli Majlis dengan memfokuskan kepada jaminan hak dan kepentingan serta meminimumkan kesan dan impak kepada jabatan.
- mengadakan atau memberi latihan berkaitan perundangan kepada pegawai-pegawai MBPG dalam menjalankan tugas harian.
- Memberikan pendidikan dan kesedaran perundangan kepada masyarakat setempat secara lansung atau tidak lansung melalui pematuhan undang-undang.
- Menjadi pakar rujuk dalam pelaksanaan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang di bawah akta dan undang-undang kecil.
- Memberi khidmat menyediakan draf perjanjian atau surat acara.
- Memberi khidmat menyediakan draf perjanjian atau surat cara.
- Menjadi pakar rujukan dalam menyemak perjanjian, dokumen kontrak syarat-syarat sebut harga dan tender.
- Menguruskan lain-lain keperluan berkaitan penyediaan/semakkan perjanjian atau surat cara yang diarahkan dari masa ke semasa
- Menggubal dan mewartakan undang-undang kecil/kaedah/peraturan/lain-lain sumber perundangan untuk diguna pakai di MBPG.
- Membuat pindaan dan semakkan undang-undang kecil agar sentiasa dikemaskini dan memenuhi keperluan semasa.
- Membantu dalam memproses tuntutan liabiliti orang awam kepada pihak insurans.
- Mengendalikan dan memantau tuntutan sivil yang dikemukakan oleh pihak ketiga terhadap MBPG demi mengaja kepentingan dan hak MBPG terpelihara.
- Merangka, Menyemak dan mengkorodinasi tuntutan sivil oelh MBPG terhadap pihak ketiga terutamanya berkenaan isu tunggakkan mahupun bantahan cukai.
- Memantau pelaksanaan kerja peguambela/peguamcara yang mewakili MBPG dalam mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan,
- Menjadi pemudahcara, mengatur dan menyemak dokumen-dokumen bagi memfailkan di mahkamah termasuklah dengan ketersediaan saksi-saksi MBPG ke mahkamah
- Menghdiri sesi sebutan dan perbicaraan bagi membantu pegawai-pegawai MBPG bagi kes perbincangan.
- Meneliti dan menyemak kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan bagi memenuhi keperluan-keperluan di bawah kanun tatacara jenayah.
- Menyediakan minit-minit untuk kelulusan Pejabat Timbalan Pendakwaraya Negeri bagi mendapatkan izin mendakwa.
- Menyediakan dokumen-dokumen pendakwaan terutamanya saman dan fakta kes bagi meneruskan dengan pendakwaan di mahkamah.
- Menjadi Pegawai Pendakwa bagi kes kesalahan penguatkuasaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) dan undang-undang kecil MBPG, bangunan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133 ) dan perancangan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) dan juga permohonan perintah pelupusan kereta buruk di bawah Akta jalan, Parit dan Bangunan 1974 ( Akta 133 )
- menjalankan jualan lelongan sisa kenderaan buruk dan barangan kesalahan undang-undang MBPG.