Objektif
- Pelan setara adalah pelan-pelan lakar beserta garis panduan teknikal yang dibukukan sebagai ganti pelan bagi pembinaan kecil, perubahan dan tambahan kecil untuk permohonan ubahan tambahan rumah. Merujuk perenggan (1) Undang-Undang Kecil 18, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986. 
- Buku pelan setara ini disediakan bagi mengawal pembinaan ubahan tambahan rumah tanpa kebenaran dan tidak mendapatkan permit dari majlis. 
- Pelan yang disediakan telah teratur dan tidak boleh dipinda. Pemohon perlu mengikut setiap pelan lakar yang disediakan. 
- Dibenarkan hanya ubahan tingkat bawah sahaja bagi rumah jenis teres, berkembar, kluster dan sesebuah. 
- Memudahkan urusan permohonan ubahan tambahan rumah dengan kos yang paling minima. 
- Penduduk dapat menjimatkan masa dengan menggunakan perkhidmatan pelan setara yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang. 
- Memudahkan dan mempercepatkan pemilik mendapatkan kelulusan pelan ubahan tambahan daripada MBPG 
Apa itu Buku Panduan dan Pelan Setara ?
Diwujudkan sebagai pelan-pelan lakar yang disediakan di dalam pelan setara adalah melibatkan di bahagian tingkat bawah sahaja sambungan hadapan, sambungan belakang dan sambungan tepi bagi rumah jenis :
- Rumah Teres 1 @ 2 tingkat 
- Rumah Kluster 
- Rumah Berkembar (Semi D) 
- Rumah Sesebuah 

Berapa Kos Permohonan ?
Kos permohonan ubahan tambahan untuk setiap kategori rumah adalah sepertimana berikut :
| Pembelian buku pelan setara | = | RM 50.00 | 
| Wang proses pelan | = | 
 | 
| Permit meletak bahan binaan | = | RM 81.00 | 
| Patel | = | RM 10.00 | 
| Jumlah | = | 
 | 
Bagaimana Tatacara Permohonan ?
- Pemohon perlu hadir sendiri ke Jabatan Kawalan Bangunan, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, 
- Pemohon memilih lakaran rekabentuk yang dikehendaki, 
- Pemohon mengemukakan permohonan dengan dokumen yang lengkap, 
- Pembayaran dilakukan, 
- Kelulusan serta merta oleh Ketua Jabatan Kawalan Bangunan, 
- Pemohon boleh meneruskan pembinaan di tapak.