MPPG bertanggungjawab mengawal segala bentuk perniagan dan perusahaan melalui pengeluaran kelulusan semua jenis lesen premis perniagaan/perusahaan dan iklan. Pengawalan pertumbuhan perniagaan adalah perlu untuk diselaraskan dengan dasar dan undang-undang yang dikuatkuasakan.
Permohonan Lesen Premis Perniagaan / Perusahaan
CARA-CARA PERMOHONAN BARU
- Borang permohonan lesen boleh didapati di kaunter bayaran Majlis Perbandaran Majlis Bandaraya Pasir Gudang dengan harga RM3.00
- Pemohon dikehendaki mengemukakan 1 permohonan bagi 1 premis perniagaan
- Borang hendaklah ditulis dengan dakwat biru/hitam dengan terang dan kemas.
- Permohonan lesen yang lengkap sahaja akan diterima dan diproses.
- Pemohon hendaklah hadir sendiri atau melalui wakil dengan syarat mendapat kebenaran dari pemohon iaitu mengemukakan Suratkuasa (Authorization Letter)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pemohon perlu memajukan permohonan menggunakan borang yang disediakan dan melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan mengikut aktiviti perniagaan
- Borang permohonan Lesen Perniagaan dan Iklan boleh didapati di Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan bayaran RM3.00 atau di Website MBPG
- Borang hendaklah diisi dengan lengkap menggunakan dakwat hitam/biru serta ditulis dengan terang dan kemas
- Permohonan lesen yang lengkap sahaja akan diterima dan diproses
- Pemohon hendaklah hadir sendiri atau melalui wakil dengan dengan mengemukakan Surat Kebenaran kepada Wakil bagi menguruskan permohonan lesen dengan syarat :
- Ditandatangani oleh Pengarah Syarikat
- Melampirkan salinan Kad Pengenalan & No.Telefon Wakil
MAKLUMAT PEMBAHARUAN LESEN PERNIAGAAN DAN IKLAN
SILA PASTIKAN PEMBAHARUAN LESEN DILAKUKAN SEBELUM ATAU PADA 31 DISEMBER DENGAN MEMBAWA DOKUMEN-DOKUMEN WAJIB SEPERTI BERIKUT :
- LESEN PERNIAGAAN TERKINI
- SALINAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) BAGI SYARIKAT ENTERPRISE SAHAJA
TERIMA KASIH.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERURUSAN :
BAHAGIAN PELESENAN
JABATAN KESIHATAN AWAM, PERSEKITARAN DAN PELESENAN
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
ARAS 2, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
JABATAN KESIHATAN AWAM, PERSEKITARAN DAN PELESENAN
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
ARAS 2, MENARA AQABAH
JALAN BANDAR, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR