Langkau ke kandungan utama

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kerja MBPG telah berlangsung di Gelanggang Bola Pikel dan Padel, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang.

Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, yang turut merasmikan dan menyerahkan projek Gelanggang Bola Pikel dan Padel TMIYC, sebagai usaha MBPG mempertingkat kemudahan sukan dan rekreasi di bandaraya ini.

Projek ini melibatkan pembinaan sebuah gelanggang padel dan dua gelanggang bola pikel baharu, menjadikan TMIYC kini mempunyai keseluruhan dua gelanggang padel dan dua gelanggang bola pikel untuk kegunaan orang awam.

Dalam amanatnya, Datuk Bandar menyeru warga kerja MBPG agar terus memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan komitmen serta mengamalkan gaya hidup sihat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Kemudahan baharu ini diharap dapat dimanfaatkan oleh masyarakat, khususnya golongan belia dan komuniti setempat, sebagai ruang aktiviti sukan dan rekreasi yang mampu menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

PERHIMPUNAN PAGI THUMBNAIL