22 November 2026, Inilah suasana malam yang cukup meriah di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang! Pentas utama terus menjadi tumpuan dengan persembahan artis jemputan yang menghiburkan, diiringi sorakan dan tepukan gemuruh para pengunjung.
Lebih mencuri perhatian, langit malam turut disinari dengan pertunjukan bunga api yang menambahkan lagi kemeriahan suasana, sekali gus menjadikan malam Temasya Bandaraya Pasir Gudang 2026 lebih berwarna-warni dan meninggalkan kenangan istimewa buat semua yang hadir.
Dari hadapan pentas hingga ke segenap ruang pengunjung, suasana dipenuhi keceriaan dan keterujaan. Masing-masing menikmati persembahan, menghayati setiap lagu dan bersama-sama meraikan malam penuh kenangan ini!
Terima kasih warga Pasir Gudang! Kehadiran dan sokongan anda menjadikan malam ini lebih bermakna.
INILAH KEMERIAHAN TEMASYA BANDARAYA PASIR GUDANG 2026!