Langkau ke kandungan utama

LAWATAN YB DATO’ HAJI MOHD JAFNI BIN MD SHUKOR, PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR KE MBPG

4 Ogos 2025, Alhamdulillah, Mesyuarat Pre-Council dan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Bil. 7/2025 telah berlangsung dengan lancar dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Cempaka, Aras 20, Menara Aqabah pada hari ini.

Sejurus selesai mesyuarat, MBPG turut menerima kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

LAWATAN KERJA RASMI MB MELAKA BERSEJARAH KE MBPG

29 Julai 2025, MBPG telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), pada hari ini bagi tujuan lawatan kerja berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan sewaan premis PBT dan penjaja di Pasir Gudang.

Delegasi seramai 57 orang ini diketuai oleh Yang Berbahagia Encik Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua WHIP MBMB.

Lawatan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pengalaman, strategi, dan pendekatan teknikal dalam memastikan pengurusan amalan terbaik bagi sewaan premis PBT dan tapak penjaja di kawasan masing-masing.

SUMBANGAN PERANTI TABLET KEPADA PELAJAR CEMERLANG

23 Julai 2025 – Seramai 20 orang pelajar cemerlang termasuk pelajar daripada komuniti Orang Asal menerima sumbangan peranti tablet dalam satu majlis yang berlangsung di SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, sebagai salah satu inisiatif merapatkan jurang digital serta menyokong kecemerlangan akademik pelajar, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan komuniti luar bandar.