1 Januari 2026, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang telah dijemput sebagai tetamu kehormat ke Majlis Sambutan Ketibaan Pelancong di pintu masuk utama negeri Johor sempena pelancaran Visit Johor Year 2026, bertempat di Terminal Feri Pasir Gudang.
Majlis anjuran Tourism Johor dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Johor (Johor Tourism Association) ini bertujuan menyambut ketibaan pelancong serta mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan utama di peringkat domestik dan antarabangsa.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Johor dan rakan strategik dalam memperkukuh sektor pelancongan negeri, di samping menyemarakkan aspirasi Tahun Melawat Johor 2026.
Turut hadir, Yang Berusaha Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Encik Mohd Tuah bin Mohd Amin, Pengurus Terminal Feri Pasir Gudang serta wakil Tourism Malaysia.
MBPG menyokong penuh inisiatif ini dan akan terus bekerjasama dengan Tourism Johor serta agensi berkaitan dalam memacu pembangunan pelancongan yang mampan selaras dengan matlamat Pasir Gudang sebagai bandar raya yang bersih, lestari dan berdaya huni.