Langkau ke kandungan utama

26 September 2026, Program Hari Cuci Malaysia Peringkat Pasir Gudang 2026 berlangsung di Dewan Muafakat Jalan Gunung, Bandar Seri Alam dengan penglibatan warga kerja, Ahli-Ahli Majlis MBPG, agensi kerajaan, pihak industri, institusi pendidikan, komuniti setempat serta rakan strategik.

Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG, selaku wakil rasmi Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang.

Penganjuran ini menjadi wadah menggerakkan masyarakat bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran menerusi aktiviti gotong-royong, di samping meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan sisa dan amalan 5R — Refuse, Reduce, Reuse, Repurpose dan Recycle.

Terima kasih kepada seluruh warga Pasir Gudang dan semua pihak yang bersama-sama turun padang menjayakan usaha memelihara kebersihan bandar. Kebersihan bermula daripada diri sendiri. Bersama kita jayakan budaya hidup bersih demi Pasir Gudang yang selesa dan sejahtera.

HARI CUCI THUMBNAIL