Langkau ke kandungan utama

7 April 2026, MBPG telah menganjurkan Program ‘Walkabout’ Cukai Harta Bersama Datuk Bandar sebagai tanda penghargaan kepada pegangan perindustrian yang cemerlang dan konsisten dalam menjelaskan cukai harta bagi tahun 2025.

Antara industri yang menerima Penghargaan Industri Cemerlang Cukai Harta 2025 adalah: 

• Bahru Stainless Sdn. Bhd. 

• Dialog Terminals Langsat Sdn. Bhd. 

• Johor Port Berhad 

• Lotte Chemical Titan 

• Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Pasir Gudang, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, dengan diiringi Ketua Whip Ahli Majlis MBPG, barisan Pengurusan Tertinggi serta para Pengarah MBPG.

MBPG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan strategik industri atas komitmen berterusan dalam melunaskan cukai harta dengan penuh tanggungjawab, sekali gus menyokong pembangunan mampan dan kesejahteraan Pasir Gudang.

Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi dan komitmen pihak industri dalam memenuhi tanggungjawab mereka, di samping menjadi pemangkin kepada pengukuhan kerjasama strategik antara MBPG dan sektor perindustrian.

Semoga penghargaan ini terus menjadi inspirasi kepada semua pihak industri untuk mengekalkan kecemerlangan serta bersama-sama memperkasa pembangunan mampan Pasir Gudang.

WALKABOUT THUMBNAIL