10 April 2026, Majlis Sambutan Riang Ria Raya Aidilfitri Pasir Gudang 2026 turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) sebagai penghargaan tertinggi kepada penjawat awam atas prestasi kerja yang cemerlang.
Anugerah ini telah disampaikan kepada Tuan Haji Anuar bin Abd Ghani, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N3, sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan beliau sepanjang 39 tahun perkhidmatan bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).
Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) terus melakar kejayaan apabila diumumkan sebagai satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor yang memiliki pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Bagi tahun 2025, MBPG telah berjaya meraih lapan sijil pengiktirafan EKSA Kendiri dengan markah cemerlang, 90% dan ke atas yang melibatkan zon: -21 Zon (Menara Aqabah) -Zon Torium Pusat Lestari) -Zon Kromium (Perpustakaan Awam) -Zon Ferum (Dewan-Dewan MBPG) -Zon Talium (Muzium Layang-Layang) -Zon Nikel (Tapak Semai MBPG) -Zon Tenesin (Klinik Bandaraya Pasir Gudang) -Zon Vanadium (Stor Penguatkuasaan)
Majlis Penyampaian Anugerah Pensijilan EKSA 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohammed Ridha bin Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, kepada Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang di Majlis Sambutan Riang Ria Raya Aidilfitri Pasir Gudang 2026 yang berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Muafakat Taman Mawar.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan seluruh warga kerja MBPG dalam membudayakan pengamalan elemen EKSA, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, kreatif dan inovatif, berimej korporat serta mencerminkan kepelbagaian agensi.Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga MBPG atas kecemerlangan yang membanggakan ini.