12 April 2026, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang telah hadir menyantuni masyarakat setempat sempena Program Raya Sekampung Bangsa Johor Zon Mawar yang berlangsung di Dewan Muafakat Taman Mawar dalam suasana penuh kemeriahan Syawal.
Program anjuran Zon Mawar di bawah penyelarasan Ahli Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Razani bin Abdul Rauf, Ketua Whip MBPG ini berjaya menghimpunkan komuniti dalam suasana mesra dan harmoni, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan.
Turut hadir memeriahkan majlis Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Adun PERMAS, Yang Berusaha En. Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG serta barisan Pengarah MBPG.
Penganjuran program ini bukan sahaja menghidupkan tradisi kunjung-mengunjung, malah menjadi ruang memperkukuh perpaduan serta hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat setempat.