Langkau ke kandungan utama

LAWATAN KERJA RASMI MB MELAKA BERSEJARAH KE MBPG

29 Julai 2025, MBPG telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), pada hari ini bagi tujuan lawatan kerja berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan sewaan premis PBT dan penjaja di Pasir Gudang.

Delegasi seramai 57 orang ini diketuai oleh Yang Berbahagia Encik Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua WHIP MBMB.

Lawatan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pengalaman, strategi, dan pendekatan teknikal dalam memastikan pengurusan amalan terbaik bagi sewaan premis PBT dan tapak penjaja di kawasan masing-masing.

SUMBANGAN PERANTI TABLET KEPADA PELAJAR CEMERLANG

23 Julai 2025 – Seramai 20 orang pelajar cemerlang termasuk pelajar daripada komuniti Orang Asal menerima sumbangan peranti tablet dalam satu majlis yang berlangsung di SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, sebagai salah satu inisiatif merapatkan jurang digital serta menyokong kecemerlangan akademik pelajar, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan komuniti luar bandar.

PROGRAM DIALOG KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN MBPG 2025 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

22 Julai 2025, MBPG dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Program Dialog Keselamatan dan Kesejahteraan Bersama Masyarakat Pasir Gudang sebagai platform libat urus strategik antara pihak berkuasa tempatan, agensi penguat kuasa dan masyarakat setempat pada hari ini bertempat di Ballroom Cempaka Jingga, Menara Aqabah MBPG