PROGRAM RAMAH MESRA KOMUNITI BERSAMA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2025
6 Disember 2025, Sesi Ramah Mesra Komuniti Bersama Datuk Bandar Pasir Gudang telah Berlangsung hari ini di Dewan Serbaguna TMIYC Pasir Gudang, yang menghimpunkan warga Pasir Gudang bersama Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang.
Dalam ucapan beliau, Datuk Bandar menekankan bahawa program ini merupakan medan interaksi dua hala antara MBPG dan komuniti platform untuk berkongsi maklumat pembangunan, memperlihatkan hala tuju bandar raya, serta menjelaskan langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan demi kepentingan bersama.