KEJOHANAN KAROM TERBUKA PIALA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2025
16-17 Ogos 2025, MBPG telah menganjurkan Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2025 pada 16 dan 17 Ogos 2025 bertempat di Dewan Serbaguna TMIYC, Pasir Gudang.
Kejohanan kali pertama penganjurannya ini telah menghimpunkan 255 peserta bagi Kategori Perseorangan dan 193 regu bagi Kategori Beregu dari seluruh PBT dan kelab karom luar dan dalam negeri Johor.
Jumlah hadiah wang tunai keseluruhan adalah sebanyak RM26,900.00 :
• Perseorangan: RM9,500.00 (Johan RM2,500.00)
• Beregu: RM17,400.00 (Johan RM5,000.00)