KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2025 – MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
26 Ogos 2025, Tahniah diucapkan kepada pasukan MBPG FC yang muncul juara selepas menewaskan pasukan Johor Port FC dengan keputusan 3 – 1 dalam perlawanan akhir yang penuh semangat dan sorakan penyokong.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, ADUN Tiram.