TAHNIAH MBPG! TEMPAT KETIGA ANUGERAH PBT CEMERLANG KATEGORI BANDARAYA
8 November 2025, MBPG berjaya meraih Tempat Ketiga bagi Anugerah PBT Cemerlang (Kategori Bandaraya) sempena Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT (AKM KPKT) 2025 yang berlangsung pada 8 November 2025 di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Pengiktirafan ini mencerminkan kejayaan hasil kerjasama erat MBPG bersama rakan strategik, agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat yang sentiasa mendukung usaha memperkukuh pembangunan serta tadbir urus bandar raya.