Langkau ke kandungan utama

MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL TAMAN KUALA LUMPUR 2025 (KLPF 2025)

17 Oktober 2025, Majlis Perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2025 (KLPF 2025) telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah pagi tadi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Festival anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini mengetengahkan hasil kreativiti beberapa pihak berkuasa tempatan terpilih dari seluruh negara, termasuk penyertaan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

SELAMAT DATANG DATUK BANDAR & SETIAUSAHA MBPG YANG BAHARU

16 Oktober 2025, MBPG mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil sebagai Datuk Bandar Pasir Gudang yang baharu, serta Encik Ezlan Farid bin Mohd Said selaku Setiausaha MBPG.

Dalam sesi pengenalan yang diadakan hari ini, Datuk Bandar telah beramah mesra bersama barisan Pengarah Jabatan MBPG sambil meninjau secara ringkas carta organisasi serta peranan utama setiap jabatan dalam memastikan keberkesanan tadbir urus bandar raya.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT PASIR GUDANG

20 September 2025, Sambutan Maulidur Rasul 1447H peringkat Pasir Gudang diteruskan di Dewan Serbaguna, TMIYC Pasir Gudang bermula jam 8.30 pagi.

Penganjuran ini bukan sahaja menghayati sirah Rasulullah SAW, bahkan selari dengan aspirasi Teras Pasir Gudang Perkasa 2030 iaitu Masyarakat Pintar dan Pemerkasaan Agensi & Komuniti, yang menekankan pembinaan masyarakat berilmu, berakhlak serta berdaya tahan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan sambutan kali ini.

MAJLIS PERASMIAN BALAI KOMUNITI JALAN DUKU TAMAN KOTA MASAI

20 September 2025, Program anjuran JKPZ Zon Kota Masai 1 ini diraikan bersama komuniti yang sentiasa komited bersama MBPG dengan kehadiran Datuk Bandar Pasir Gudang yang menyempurnakan perasmian.

Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, peragaan busana Merdeka dan jualan hasil tanaman komuniti.

Turut hadir Ahli Majlis MBPG Zon Kota Masai 1, Puan Teh Siew Boey.

Terima kasih kepada seluruh warga Pasir Gudang atas sokongan dan tanggungjawab membayar cukai demi kelestarian pembangunan bandar raya.