ANUGERAH PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG MBPG DAN PENGIKTIRAFAN SIJIL EKSA
10 April 2026, Majlis Sambutan Riang Ria Raya Aidilfitri Pasir Gudang 2026 turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) sebagai penghargaan tertinggi kepada penjawat awam atas prestasi kerja yang cemerlang.
Anugerah ini telah disampaikan kepada Tuan Haji Anuar bin Abd Ghani, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N3, sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan beliau sepanjang 39 tahun perkhidmatan bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).