Langkau ke kandungan utama

SATU LAGI KEMUDAHAN AWAM DINAIK TARAF, DEMI KESELESAAN KOMUNITI

18 Mei 2026, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang telah menyempurnakan sesi penyerahan kunci Balai Lampam kepada komuniti setempat sebagai simbol komitmen berterusan MBPG dalam memperkasakan kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat.

Projek menaik taraf ini melibatkan penambahbaikan kemudahan sedia ada termasuk penyediaan kawasan parkir, bilik mesyuarat serta tandas bagi memberikan keselesaan dan kemudahan yang lebih baik kepada komuniti setempat.

KEJOHANAN PAINTBALL ANTARABANGSA PIALA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2026

17 Mei 2026, International Paintball Challenge Pasir Gudang Mayor’s Cup 2026 anjuran MBPG telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah selepas berlangsung selama tiga hari di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang.

Kejohanan dengan kerjasama Malaysia Paintball League ini berjaya menghimpunkan penyertaan pasukan dari dalam dan luar negara sekali gus memeriahkan sambutan Tahun Melawat Johor 2026 serta memperkukuhkan Pasir Gudang sebagai lokasi penganjuran sukan bertaraf antarabangsa, bertepatan dengan semangat sambutan Hari Belia Negara 2026.

LAWATAN TAPAK YB MENTERI EKONOMI KE PROJEK DI BAWAH INISIATIF KEMUDAHAN RAKYAT (IKR) TAHUN 2026

23 April 2026, YB Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir hari ini telah mengadakan lawatan tapak ke kawasan Flat Meranti, Taman Rinting, Masai bagi meninjau pelaksanaan projek di bawah Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) Tahun 2026.

Lawatan tertumpu kepada cadangan projek naik taraf gelanggang sukan serta pembangunan taman permainan kanak-kanak yang dirancang bagi meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan komuniti setempat.

DATUK BANDAR PASIR GUDANG SANTUNI KOMUNITI DI RAYA SEKAMPUNG BANGSA JOHOR ZON MAWAR

12 April 2026, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang telah hadir menyantuni masyarakat setempat sempena Program Raya Sekampung Bangsa Johor Zon Mawar yang berlangsung di Dewan Muafakat Taman Mawar dalam suasana penuh kemeriahan Syawal.

Program anjuran Zon Mawar di bawah penyelarasan Ahli Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Razani bin Abdul Rauf, Ketua Whip MBPG ini berjaya menghimpunkan komuniti dalam suasana mesra dan harmoni, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan.