Langkau ke kandungan utama

JOHOR BIKE WEEK 2025

22 Februari 2025, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, telah merasmikan program Johor Bike Week 2025 yang berlangsung di perkarangan Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada jam 9.00 malam.

Program ini berlangsung selama tiga hari, bermula 21 sehingga 23 Februari 2025, dan menghimpunkan peminat motosikal dari seluruh negara dalam satu acara yang penuh kemeriahan. Acara ini juga bertujuan untuk mempromosikan Pasir Gudang sebagai destinasi pilihan bagi aktiviti permotoran.

KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG (MBPG) KE MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN (MBKS) DAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

19 Februari 2025, MBPG telah mengadakan kunjung hormat dan lawatan penandaarasan ke Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi menimba ilmu serta pengalaman dalam pelaksanaan dan amalan aktiviti bandar pintar yang telah dilaksanakan oleh MBKS.

PROGRAM ZON MAWAR BERSIH "TIADA AEDES, TIADA DENGGI"

22 Februari 2025, JKPZ Zon Mawar dan COMBI Mawar dengan kerjasama MBPG telah menganjurkan Program Zon Mawar Bersih sebagai langkah proaktif dalam usaha membasmi pembiakan nyamuk Aedes dan mencegah penularan wabak denggi di kawasan ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, serta Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis MBPG merangkap Pengerusi JKPZ Zon Mawar.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG DAN SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR

21 Februari 2025, MBPG telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sekolah Seni Malaysia Johor dalam satu majlis yang berlangsung di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah, MBPG.

MoU ini ditandatangani oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang mewakili MBPG, dan Encik Tee Tiam Chai, Pengetua Sekolah Seni Malaysia Johor bagi pihak sekolah. Kerjasama ini bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memajukan bidang seni, budaya, dan kreativiti di Pasir Gudang.

LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN MUAR KE COMMAND CENTRE MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG

19 Februari 2025, MBPG berbesar hati menerima lawatan delegasi dari Majlis Perbandaran Muar (MPM) ke Command Centre MBPG. Lawatan ini diketuai oleh Yang Berbahagia TPr. Siti Rukiah binti Abd Shukor, Pegawai Perancang Bandar dan Desa.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari kaedah, penggunaan serta pelaksanaan sistem kecerdasan buatan (AI) yang berfungsi dalam pengoperasian CCTV di bilik Command Centre MBPG.