DATUK BANDAR PASIR GUDANG MENANDATANGANI MURAL DI TAPAK MURAL KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG (KPBPG)
KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR PASIR GUDANG KE MALAYSIA MARINE AND HEAVY ENGINEERING HOLDINGS BERHAD (MHB)
5 Disember 2024, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang berkesempatan membuat lawatan ke MHB, Pasir Gudang.
Beliau sempat bertukar pandangan dan idea bersama pihak industri. Lawatan ini juga bertujuan bagi mempererat hubungan di antara MBPG dan pihak industri.
KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR PASIR GUDANG KE JOHOR PORT BERHAD PASIR GUDANG
4 Disember 2024, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang berkesempatan membuat lawatan ke Johor Port Berhad Pasir Gudang.
Beliau sempat bertukar pandangan dan idea bersama pihak industri. Lawatan ini juga bertujuan bagi mempererat hubungan di antara MBPG dan pihak industri.
PERTANDINGAN BOLING MBPG BERSAMA MEDIA
25 November 2024, MBPG telah menganjurkan pertandingan boling bersama pengamal media di Leisure Bowl, Leisure Mall.
Penganjuran program tersebut bertujuan untuk mempereratkan hubungan di antara MBPG dan pihak media arus utama. Seramai 17 kumpulan media dan MBPG telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
MBPG menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan media yang telah mengambil bahagian dan memberi sokongan terhadap program yang telah dianjurkan.