KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) JOHOR KEPADA YB DATUK BANDAR PASIR GUDANG
23 Oktober 2024, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang menyambut mesra kunjungan hormat Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor bersama delegasinya hari ini
lawatan ke beberapa kawasan seperti:
- Sungai Tukang Batu
- Stesen Pengawasan Udara di SMK Tanjung Puteri
- Sungai Selangkah
- Stesen Pengawasan Udara di Stadium MBPG
PENGANUGERAHAN KHAS JURI REKA BENTUK LAMAN SESAWANG TERBAIK PBT NEGERI JOHOR
22 Oktober 2024, MBPG telah menerima Penganugerahan Khas Juri Reka Bentuk Laman Sesawang Terbaik PBT Negeri Johor oleh panel penilai dari Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Majlis penerimaan anugerah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang.
PROGRAM PEMULIHARAAN RUMPUT LAUT DI TG KOPOK PASIR GUDANG
18 Oktober 2024, Bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia, Dialog Terminals Langsat (1) Sdn Bhd dengan kerjasama Reef Check Malaysia telah menganjurkan Program Pemuliharaan Rumput Laut di kawasan Tg Kopok, Pasir Gudang. Program ini bertujuan mengkaji kesan industri Pasir Gudang kepada ekosistem tumbuhan rumpat laut di kawasan perairan Tg Kopok Pasir Gudang.
SME ESG START SYMPOSIUM (JOHOR) 2024
14 Oktober 2024, SME ESG Start Symposium (Johor) 2024 anjuran UN Global Compact Network Malaysia Dan Brunei (UNGCMYB) dengan Kerjasama MBPG telah diadakan di Hotel Renaissance, Johor Bahru hari ini.
Penganjuran simposium menekankan peranan penting PKS dalam peralihan Malaysia ke arah ekonomi yang mampan melalui sesi libat urus dan perbincangan yang dikendalikan oleh penceramah jemputan.
MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG PBT CEMERLANG KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN KPKT 2024
Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah menerima pengiktirafan PBT Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran KPKT 2024 di dalam kategori Kempen Cegah Wabak Denggi.
Majlis pengiktirafan telah diadakan pada 8 Oktober 2024 dan di sampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.