SESI KUNJUNGAN HORMAT MBPG KE JABATAN ALAM SEKITAR PUTRAJAYA
14 April 2025, MBPG telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan alam sekitar di kawasan Pasir Gudang.
Pihak MBPG diwakili oleh Yang Berbahagia Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, Setiausaha MBPG dan Yang Berbahagia Tuan Haji Abd Malek bin Mohamed, Timbalan Setiausaha MBPG.
DATUK BANDAR TURUN PADANG GOTONG-ROYONG KAMPUNG PASIR GUDANG BARU
14 April 2025, MBPG telah melaksanakan Program Gotong-Royong Pembersihan di kawasan Kampung Pasir Gudang Baru yang melibatkan penyertaan warga komuniti setempat serta kakitangan MBPG pada hari ini.
Program ini turut mendapat suntikan semangat apabila Yang Berhormat Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang hadir sendiri menyertai aktiviti pembersihan dan turut sama berganding bahu membersihkan kawasan sungai di kampung berkenaan.
Turut hadir Ahli Majlis Zon Rinting 2 Encik Law Yiak Kwang.
LAWATAN KERJA YB EXCO KERAJAAN TEMPATAN & PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PULAU PINANG BERSAMA MBPP & MBSP
11 April 2025, MBPG hari ini berbesar hati menerima kunjungan YB H’ng Mooi Lye, EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang bersama delegasi pengurusan tertinggi dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam satu lawatan kerja rasmi di Dewan Cempaka Aras 20, MBPG.
Lawatan ini bertujuan meninjau pelaksanaan Sistem Parkir Pintar Bersepadu MBPG serta berkongsi amalan terbaik berkaitan pembangunan Command Centre MBPG yang menjadi nadi kepada pemantauan dan pengurusan bandar secara digital dan efisien.
PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA UNTUK MANGSA BANJIR KAMPUNG CAHAYA BARU
29 Mac 2025, MBPG melalui Kelab Sukan dan Kebajikan MBPG telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri kepada 200 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di Kampung Cahaya Baru.
Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, yang turut menyampaikan kata-kata semangat kepada para penerima dalam mendepani ujian ini.
Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga yang terjejas dan memberi sedikit kegembiraan dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.
AGIHAN BAKUL REZEKI SYAWAL 2025 MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
28 Mac 2025, MBPG dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan MBPG, ANULAE Cawangan MBPG, dan PUSPANITA MBPG telah mengadakan Program Agihan Bakul Rezeki Syawal 2025 sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap warga kerja MBPG, pesara, pelajar praktikal, MySTEP serta pekerja pembersihan yang bakal menyambut Syawal tidak lama lagi.