TAKLIMAT SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MBPG 2025
6 Mei 2025, MBPG telah menganjurkan Taklimat Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat MBPG pada hari ini bertempat di Ballroom Cempaka Jingga, aras 3 Menara Aqabah.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Timbalan Setiausaha MBPG Yang Berusaha En Abd Malek bin Mohamed yang menegaskan kepentingan budaya kerja selamat dalam kalangan warga kerja MBPG seiring dengan usaha ke arah pensijilan MS ISO 45001:2018.