3 Jun 2025, Majlis Penutup Sambutan Hari Buaya Sedunia 2025 telah berlangsung dengan meriah pagi ini di Sarang Buaya Pasir Gudang. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang.
Antara pengisian menarik yang berlangsung:
• Pelepasan anak buaya ke dalam Kolam A
• Demonstrasi operasi penangkapan buaya secara langsung
• Penyampaian sijil penghargaan
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berbahagia Encik Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis MBPG, barisan Ahli Majlis MBPG serta pengarah-pengarah jabatan MBPG.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan menyokong penganjuran ini. Semoga usaha ini terus menyemai kesedaran terhadap pemuliharaan buaya dan kelestarian alam sekitar.
Jumpa lagi dalam acara akan datang di Pasir Gudang.
