Langkau ke kandungan utama

4 Ogos 2025, Alhamdulillah, Mesyuarat Pre-Council dan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Bil. 7/2025 telah berlangsung dengan lancar dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Cempaka, Aras 20, Menara Aqabah pada hari ini.

Sejurus selesai mesyuarat, MBPG turut menerima kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Kehadiran YB Dato’ amat dihargai dan mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyokong usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.

LAWATAN DATO JAFNI