PROGRAM DRILL EXERCISE-SITE EMERGENCY RESPONSE ACTION (X-SERA 2024)
ANUGERAH CITRA BAHASA DBP
LAWATAN PENANDAARASAN MBPG KE MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP), PULAU PINANG
7 November 2024, MBPG telah mengadakan lawatan penandaarasan ke MBSP, Pulau Pinang. Lawatan yang melibatkan seramai 22 warga kerja MBPG itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan mempelajari tentang tatacara pengurusan Integrated Management System (IMS) yang telah dilaksanakan melalui Jabatan Korporat MBSP.
Taklimat telah dikongsikan oleh Puan Rohanawati binti Ahmed, Ketua Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Jabatan Korporat MBSP. MBPG mengucapkan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai atas sambutan mesra dan perkongsian ilmu yang diberikan.
SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI PERINGKAT PASIR GUDANG
9 November 2024 – Sambutan Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya sentiasa di sambut meriah setiap tahun dikalangan penganut hindu tanah air.
Sambutan di peringkat Pasir Gudang pada tahun ini telah dianjurkan di Dewan Taman Mawar dengan dihadiri oleh kira-kira lebih daripada 500 orang penduduk dan jemputan yang hadir. Pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik pelbagai bangsa dan budaya telah ditonjolkan bersempena sambutan bagi edisi kali ini.