Langkau ke kandungan utama

LAWATAN PENANDAARASAN MBPG KE TAPAK PELUPUSAN SAMPAH TELUK MENGKUDU, MANJUNG, PERAK

15 Januari 2025, Lawatan penandaarasan MBPG yang diketuai oleh YB. Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang ke Tapak Pelupusan Sampah Teluk Mengkudu (TPSTM), Manjung, Perak bertujuan sebagai mempelajari teknologi baharu iaitu WTE (Waste to Energy) bersama dengan teknologi sokongan yang berkaitan untuk pengurusan sampah secara bersepadu serta kaedah pengurusan sampah yang lebih mampan.

PENYERAHAN BANTUAN MAKANAN UNTUK MANGSA BANJIR DI PPS SK NAM HENG

11 Januari 2025, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, melalui inisiatif Yayasan Pasir Gudang, telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Nam Heng bagi menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir yang terjejas.

PPS SK Nam Heng kini berfungsi sebagai pusat perlindungan sementara bagi menempatkan mangsa banjir dari kawasan sekitar. Langkah ini merupakan usaha berterusan pihak berkuasa untuk memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga sepanjang tempoh kecemasan.

MAJLIS MENUAI HASIL PROGRAM LESTARI HIJAU ANGGOTA PEKERJA MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG

9 Januari 2025, Majlis Menuai Hasil Program Lestari Hijau Anggota Pekerja Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah diadakan bertempat di Tapak Semaian MBPG hari ini. Program ini telah berlangsung sejak 8 Disember 2024 yang lalu bagi penanaman sayur siew pak choy.

Inisiatif Laman Lestari Hijau MBPG adalah usaha MBPG melalui amalan terbaik Bandar Berkarbon Rendah di mana sebuah bandar yang terdiri daripada masyarakat yang menggunakan teknologi hijau secara lestari, melaksanakan amalan hijau dan mengeluarkan karbon secara rendah.