Langkau ke kandungan utama

KUNJUNG HORMAT DAN LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG (MBPG) KE MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN (MBKS) DAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

19 Februari 2025, MBPG telah mengadakan kunjung hormat dan lawatan penandaarasan ke Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi menimba ilmu serta pengalaman dalam pelaksanaan dan amalan aktiviti bandar pintar yang telah dilaksanakan oleh MBKS.

PROGRAM ZON MAWAR BERSIH "TIADA AEDES, TIADA DENGGI"

22 Februari 2025, JKPZ Zon Mawar dan COMBI Mawar dengan kerjasama MBPG telah menganjurkan Program Zon Mawar Bersih sebagai langkah proaktif dalam usaha membasmi pembiakan nyamuk Aedes dan mencegah penularan wabak denggi di kawasan ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, serta Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis MBPG merangkap Pengerusi JKPZ Zon Mawar.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG DAN SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR

21 Februari 2025, MBPG telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sekolah Seni Malaysia Johor dalam satu majlis yang berlangsung di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah, MBPG.

MoU ini ditandatangani oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang mewakili MBPG, dan Encik Tee Tiam Chai, Pengetua Sekolah Seni Malaysia Johor bagi pihak sekolah. Kerjasama ini bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memajukan bidang seni, budaya, dan kreativiti di Pasir Gudang.

LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN MUAR KE COMMAND CENTRE MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG

19 Februari 2025, MBPG berbesar hati menerima lawatan delegasi dari Majlis Perbandaran Muar (MPM) ke Command Centre MBPG. Lawatan ini diketuai oleh Yang Berbahagia TPr. Siti Rukiah binti Abd Shukor, Pegawai Perancang Bandar dan Desa.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari kaedah, penggunaan serta pelaksanaan sistem kecerdasan buatan (AI) yang berfungsi dalam pengoperasian CCTV di bilik Command Centre MBPG.

MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KALI KE-27, 2025

16 Februari 2025, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-27, 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni dan kejayaan.

Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah telah berlangsung pada 16 Februari 2025 jam 8.00 malam di Grand Ballroom, Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam, Masai, Johor menjadi detik bermakna dalam meraikan pencapaian para peserta dari dalam dan luar negara.