Langkau ke kandungan utama

WAU PERAK MEWARNA CANTING BATIK COLOURING COMPETITION IN CONNECTION WITH THE 27TH WORLD KITE FESTIVAL 2025 "PASIR GUDANG WORLD KITE FESTIVAL"

16 Februari 2025, Kemeriahan Festival Layang-Layang Sedunia 2025 diserikan dengan Pertandingan Mewarna Canting Batik Wau Merak, di mana kreativiti bertemu dengan seni tradisi. Seramai 100 peserta berumur 7 tahun dan ke atas mengambil bahagian, mempamerkan bakat dan sentuhan seni yang luar biasa.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh Datin Masrita binti Masnun, Pengerusi PUSPANITA MBPG.

SESI RAMAH MESRA DATUK BANDAR BERSAMA PERSATUAN PENJAJA DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG

06 Februari 2025, MBPG telah mengadakan Sesi Ramah Mesra Datuk Bandar bersama Persatuan Penjaja di Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi memperkukuh hubungan serta membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh komuniti penjaja di Pasir Gudang.

Program ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis MBPG serta ketua-ketua jabatan MBPG yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembangunan sektor penjaja. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen bersama dalam menyokong dan memajukan sektor ini.

MAJLIS PELANCARAN E-CUKAI MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG

4 Februari 2025, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) hari ini telah melancarkan sistem E-Cukai 2025 yang diadakan di Ballroom Cempaka Jingga, Menara Aqabah.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar MBPG, bersama Puan Nurul Ashikin binti Hj. A. Jabar, Setiausaha MBPG, serta dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad, Ketua Whip MBPG, ahli-ahli majlis, dan ketua-ketua jabatan MBPG.

SESI UNDIAN TAPAK BAZAR RAMADAN 2025

4 Februari 2025, sedang berlangsung Sesi Undian Tapak Bazar Ramadan Tahun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar. Proses undian ini diadakan bagi menentukan lokasi tapak perniagaan bagi para peniaga untuk menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan nanti.

Sesi undian ini adalah sebahagian daripada usaha MBPG untuk memastikan proses penetapan tapak bazar dilakukan secara telus dan adil bagi semua peniaga. Kehadiran para peniaga amat dialu-alukan bagi memastikan kelancaran proses undian dan pemilihan tapak perniagaan mereka.

LAWATAN JOHOR PORT BERHAD KE TAPAK SEMAIAN DAN PUSAT LESTARI MBPG: PEMBELAJARAN KURSUS PEMBUATAN BAJA KOMPOS LANDSKAP DAN SISA MAKANAN

5 Februari 2025, Hari ini Johor Port Berhad telah mengadakan lawatan ke Tapak Semaian dan Pusat Lestari Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bagi mempelajari teknik pembuatan baja kompos landskap dan baja kompos sisa makanan yang boleh dimanfaatkan oleh kakitangan Johor Port Berhad dan syarikat-syarikat yang beroperasi di dalam kawasan Zon Bebas Pelabuhan Johor.