Perlawanan pembukaan Liga Bandaraya Pasir Gudang 2025 menyaksikan perebutan Piala Sumbangsih di antara dua pasukan hebat:
Johor Port FC ( Naib Johan Liga Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2024) dan JMF FC (Naib Johan Piala FA 2024)
KEPUTUSAN PENUH: Johor Port FC 1- 1 JMF FC (JMF FC menang sepakan penalti 1-4) Tahniah diucapkan kepada pasukan JMF FC atas kemenangan ini.
Walaupun tewas di penentuan penalti, Johor Port FC tetap mempamerkan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang dengan diiringi oleh Yang Berusaha Puan Hajah Noorhayati binti Sarmoen, Pengarah Kesejahteraan Komuniti & Pelancongan.
Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong yang hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.Semoga sukan ini terus menjadi medium penyatuan komuniti, memupuk semangat kesukanan dan membina generasi sihat serta berdaya saing di Pasir Gudang.
