20 April 2025, Jabatan Penilaian dan Pesuruhjaya Bangunan (JPCOB) MBPG telah mengadakan sesi taklimat dan perbincangan bersama penduduk skim pemajuan Midas Seri Alam bertempat di Dewan Serbaguna, Blok B, Tingkat 5, Midas Bandar Seri Alam pada hari ini.
Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang jelas dan komprehensif berkaitan permohonan remisi di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta pengurusan bangunan strata menurut Akta Pengurusan Strata 2013 (SMA).
Taklimat ini penting bagi memastikan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bangunan strata, termasuk pemilik petak, memahami hak, tanggungjawab dan peraturan-peraturan berkaitan, sekali gus mewujudkan persekitaran hidup yang lebih harmoni dan pengurusan bangunan yang lebih teratur dan efisien.
MBPG sentiasa komited untuk meningkatkan kefahaman komuniti berkenaan sistem pengurusan strata dan memperkukuh tadbir urus di peringkat komuniti.
