21 Februari 2025, MBPG telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Sekolah Seni Malaysia Johor dalam satu majlis yang berlangsung di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3, Menara Aqabah, MBPG.
MoU ini ditandatangani oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang mewakili MBPG, dan Encik Tee Tiam Chai, Pengetua Sekolah Seni Malaysia Johor bagi pihak sekolah. Kerjasama ini bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memajukan bidang seni, budaya, dan kreativiti di Pasir Gudang.
Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Amin bin Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis MBPG, serta Puan Hajah Siti Jauhara binti Jamian, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Sekolah Seni Malaysia Johor.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Abd Malek bin Mohamed, Timbalan Setiausaha MBPG, bersama Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBPG, yang memberikan sokongan terhadap usaha ini.
MBPG komited dalam menyokong perkembangan bakat generasi muda serta memperkukuhkan ekosistem seni tempatan. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat membawa manfaat kepada kedua-dua pihak dan memperkayakan lagi seni serta budaya di bandar raya ini.
