16 Februari 2025, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-27, 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni dan kejayaan.
Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah telah berlangsung pada 16 Februari 2025 jam 8.00 malam di Grand Ballroom, Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam, Masai, Johor menjadi detik bermakna dalam meraikan pencapaian para peserta dari dalam dan luar negara.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, pengunjung, sukarelawan, serta pihak yang terlibat dalam menjayakan festival ini. Sokongan dan semangat semua pihak telah menjadikan FLLSPG 2025 satu acara yang penuh makna.
Semoga berjumpa lagi di edisi seterusnya dengan lebih banyak penyertaan, semangat kesukanan, dan keindahan layang-layang yang mewarnai langit Pasir Gudang. Kami berharap festival ini terus menjadi platform mengeratkan hubungan antara peminat layang-layang dari seluruh dunia serta memartabatkan seni dan budaya permainan tradisional ini.
