19 Februari 2025, MBPG berbesar hati menerima lawatan delegasi dari Majlis Perbandaran Muar (MPM) ke Command Centre MBPG. Lawatan ini diketuai oleh Yang Berbahagia TPr. Siti Rukiah binti Abd Shukor, Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari kaedah, penggunaan serta pelaksanaan sistem kecerdasan buatan (AI) yang berfungsi dalam pengoperasian CCTV di bilik Command Centre MBPG.
MBPG merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada MPM atas kesudian melawat serta berkongsi ilmu dan pengalaman. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat dan menambah nilai kepada operasi kedua-dua pihak berkuasa tempatan.
