Langkau ke kandungan utama

JMF FC JUARA PIALA FA LIGA BANDARAYA PASIR GUDANG 2026

7 Oktober 2026, Perlawanan Akhir Piala FA Liga Bandaraya Pasir Gudang 2026 berlangsung di Stadium Bola Sepak MBPG, Pasir Gudang dengan pertembungan antara Johor Port FC dan JMF FC.

JMF FC berjaya muncul juara selepas menewaskan Johor Port FC dengan keputusan 3–2, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.00. Johor Port FC selaku naib juara menerima RM2,000.00.

HARI CUCI MALAYSIA PASIR GUDANG, SEMARAK BUDAYA KEBERSIHAN BERSAMA

26 September 2026, Program Hari Cuci Malaysia Peringkat Pasir Gudang 2026 berlangsung di Dewan Muafakat Jalan Gunung, Bandar Seri Alam dengan penglibatan warga kerja, Ahli-Ahli Majlis MBPG, agensi kerajaan, pihak industri, institusi pendidikan, komuniti setempat serta rakan strategik.

Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG, selaku wakil rasmi Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang.

MEMBUDAYAKAN KELESTARIAN MELALUI PROGRAM LAMAN LESTARI HIJAU 2026

23 September 2026, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang telah menyempurnakan perasmian Program Laman Lestari Hijau 2026 di kawasan lapang hadapan Padang Bola MBPG 2, Pasir Gudang.

Program ini mengetengahkan amalan rendah karbon melalui aktiviti penghijauan, penanaman, penggunaan semula bahan serta penghasilan kompos daripada sisa organik, selaras dengan usaha memperkukuh budaya kelestarian.

AKTIVITI DAN KEMERIAHAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PASIR GUDANG 2026

30 Ogos 2026, Sambutan Malam Ambang Merdeka Pasir Gudang 2026 berlangsung penuh gemilang di Dataran Mahkota, Pasir Gudang. Dataran Mahkota dibanjiri ribuan warga Pasir Gudang bersama keluarga dan sahabat, menyemarakkan semangat kemerdekaan menerusi persembahan kebudayaan, nyanyian patriotik serta persembahan istimewa Ara Johari dan Hael Husaini.

LANGKAH SEIRING SEMANGAT MEMBARA MBPG RAIH NAIB JOHAN PERBARISAN DAN PAKAIAN TERBAIK

31 Ogos 2026, Semangat patriotisme warga MBPG terus terserlah dalam Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor.

Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, turut hadir memberikan sokongan kepada kontinjen MBPG yang tampil penuh bersemangat dalam perbarisan pada pagi ini.

Dengan langkah yang kemas, disiplin yang tinggi serta penampilan penuh warna-warni, kontinjen MBPG berjaya meraih Naib Johan bagi kategori Perbarisan dan Pakaian Terbaik.