SELAMAT DATANG DATUK BANDAR PASIR GUDANG KE-2
1 Oktober 2024, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang ke-2 telah melapor diri dan menyempurnakan Majlis Serahan Tugas oleh Yang Berhormat Dato' Asman Shah bin Abd. Rahman, Mantan Datuk Bandar Pasir Gudang di Dewan Cempaka Jingga, Menara Aqabah. Hari ini turut menandakan hari pertama buat Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Pasir Gudang.
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PASIR GUDANG 1446 HIJRIAH
WORLD CLEANUP DAY 2024 @ PASIR GUDANG
It’s A Wrap! Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah menganjurkan World Cleanup Day dua hari berturut melibatkan 13 Zon Ahli Majlis pada hari pertama dan 11 Zon Ahli Majlis pada hari kedua.
Terima kasih atas sambutan dan penglibatan semua warga Pasir Gudang dalam Program World Cleanup Day tahun ini, anda semua adalah Hero Kebersihan Pasir Gudang!